Posted on

Takut | Hanya Untuk Orang-Orang Yang Bertaqwa

TAKUT | SEBUAH PAMERAN SENI OLEH PROJEK JAHAT

(For English Translation)

/ta·kut/
merasa gentar (ngeri) menghadapi sesuatu yang dianggap akan mendatangkan bencana

/taq·wa/
terpeliharanya diri untuk tetap taat melaksanakan perintah Tuhan dan menjauhi segala larangan-Nya

Selari dgn konsep yg telah diberikan oleh pihak galeri, Takut dipilih sebagai tajuk pameran kali ini bukan kerana perasaan takut. Idea disebaliknya ialah perbandingan makna dan asas sebenar perasaan tersebut. Maka, pameran ini ditujukan kepada orand-orang yang bertaqwa kerana ketaqwaan adalah dasar ketakutan yang sejati. Dari situ terbitlah idea untuk pemilihan tajuk dan slogan untuk pameran ini setelah dirumuskan perbandingan antara dua perkataan yang sinonim dengan perasaan takut itu sendiri.

// 22 – 28 OKTOBER 2017
// OPENING : 6PM – LARUT MALAM
// ENTRI PERCUMA
// MINUT INIT ART SOCIAL

//https://www.facebook.com/events/519615118392620/?active_tab=about

“Takut itu adalah perasaan, Taqwa itu adalah iman”.



SELUAR JIN 

/jin
Sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya bertaqwa, sedangkan jin ada yang bertaqwa dan ada yang kafir dan seperti manusia.

Ma nu•sia/
Makhluk fisik yang memakai seluar Jin ada yang bertaqwa kepada Tuhan ada yang takut kepada hantu.

Tema seram yang diberikan membuatkan kami memilih ‘seluar jin’ sebagai media utama. Secara sinikalnya, kami berkarya menggunakan seluar makhluk ghaib. Tetapi secara asasnya, kami bereksperimentasi untuk menghasilkan karya seni yang luar dari rutin karya kami dan ia tidak terhad hanya kepada palitan warna acrylic atau cat minyak. Kami mengunakan seluar jin sebagai permetaforaan untuk memvisualisasikan perbandingan perasaan takut dan taqwa yang terbit dalam kehidupan harian masyarakat normal terhadap persekitaran masing-masing.



ARTI SEBENAR PROJEK JAHAT

/já hat/
Nafsu yang terdidik dan lawannya adalah kebaikan yang tidak disengajakan.

Projek Jahat telah diasaskan oleh Malaya Breed 5 tahun yg lalu.
Umumnya, Projek Jahat adalah ego kurator kami dgn idea yg luar biasa dan sedikit kejahatan. Maksud jahat baginya ialah nafsu yang terdidik dan lawannya ad kebaikan yg tidak disengajakan. Maka, Projek Jahat adalah pelan terdidik untuk mengeksplorasi lebih jauh dan secara terbuka tentang perkara-perkara yang melibatkan kreativiti.

Kami percaya bahawa kecantikan bukanlah ukuran kepada sesuatu karya kerana ia terlalu subjektif, karya yang agung adalah kerana proses dan pengalaman yang dipelajari sepanjang penghasilan sesuatu karya itu sendiri. Ia lebih jujur dan tinggi mutu sentimentalnya. Karya bukan untuk dagangan semata, ia adalah medium pengantara antara penciptanya dan umum untuk mengajar dan belajar tentang sesuatu perkara. Itu ideologi dan sentimen kami dalam penghasilan barangliar kami.

Sehingga kini, Projek Jahat telah memiliki geng jahat generasi kedua bagi meneruskan dan memperkukuhkan asas projek ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *