Posted on

SEBUAH PERBINCANGAN DI ANTARA DALI DAN MIRIAM TENTANG NUSANTARA

by THE DAILY SENI

SEPTEMBER 30, 2016


During our film programme (1+RE)DISCOVER at Iskarnival weeks ago, we asked Minut Init‘s Dali Abdul Azis to helm a special segment titled “Newsantara”. He was tasked to curate a selection of videos sourced from video-streaming platforms and write something that will help us gain a little more insight into the Nusantara. But unlike the short essay Wendi submitted on the cinema of the region, Dali’s sent in a conversation which pieces together an understanding of the Nusantara from the perspective of a European traveler. We hope you enjoy this piece.


Berikut merupakan sebuah perbualan di antara seorang lelaki ahli seni dari Malaysia dan seorang perempuan graduan ‘art theatre studies’ dan pengembara dari Bergamo, Italy. Perbualan ini berhasil dari persetujuan di antara kedua-dua pihak untuk membuat RESEARCH mengenai Nusantara secara umum.

Dali: Ape kabar Miriam?

Miriam: Baik dan kamu?

Dali: Saya OK! Hari ini kami akan bincang tentang nusantara kan! Seperti ape yang dijanjikan.

Miriam: Haha ya, Nusantarrra. Sungguh unik Nusantara ini. Saya tidak berape faham tetapi ini adalah topic yang penting, walaupun masa research agak singkat. Tetapi saya faham sedikit apeitu Nusantara secara am.

Dali: Jadi ape itu Nusantara?

Miriam: Setahu saya ia adalah Javanese lama yang bermaksud archipelago (apabila kumpulan pulau-pulau berdekatan bersatu) termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina. Aaaaa, Nusantara ialah dalam Bahasa Melayu dan ia juga sebuah Nama diikrarkan oleh Gajah Mada. Nusantara adalah alam Melayu.

14502061_10155334172507699_1929403439_nDali: Siapa die Gajah Mada ini?

Miriam: Gajah Mada ini adalah ketua dan pemimpin Majapahit dan pengarang sumpah Palapa yang melarang orang supaya jangan makan makananan pedas sampai dapat dijajah kesemua Nusantara olehnya.

Dali: Wow. Mana anda dapat fakta ini?

Miriam: Mestilah Internet. Apa lagi, dan saya juga jumpa artikel-artikel dalam bahasa Itali yang mempunyai fakta-fakta yang menghairankan.

Dali: Menghairankan? Kenapa?

Miriam: Kerana salah satu artikel yang saya jumpa dalam bahasa Itali menceritakan tentang fakta-fakta yang ke arah politikal pada tahun 1945, jika tidak silap saya? Saya difahamkan bahawa artikel itu menyatakan Nusantara digunakan sebagai politikal agenda yang serupa dengan Aryan di Germany.

Dali: Wow. Sampai ke situ.

Miriam: Saya rasa Nusantara ini dia besar, luas dari definisi budaya yang ada di Thailand, Cambodia, Filipina, Indonesia, Malaysia persamaan seperti batik, sarong, pemakaian mereke. Walaupun berbeza tapi ada persamaan.

Dali : Ya, saya setuju dengan pendapat anda itu. Ada juga persamaan negara-negara ini dengan gaya Nusantara seperti wayang kulit, ukiran kayu…

Miriam: Ya, saya setuju dengan perserupaan budaya ini. Setelah saya menerokai Thailand, Borneo, Indonesia dan membuat kajian ini, telah saya memahami Nusantara lebih mendalam. Zaman moden ini penggunaan Nusantara dipesongkan apabila Indonesia ingat bahawa Nusantara merujuk kepada Indonesian Archipelago sahaja dan di Malaysia pula Nusantara merujuk kepada Malayan Archipelago. Saya difahamkan bahawa Nusantara telah dipesongkan daripada “Western Colonization”.

Dali: Jadi saya rasa negara-negara berdekatan Malaysia ini dulu adalah bawah satu atap yang besar dan makan nasi yang sama dan berbudi bahasa yang sama.

Miriam: Saya setuju. Rumusan kajian Nusantara ini, saya difahamkan jikalau cabutnya laut di antara pulau-pulau Nusantara ini anda boleh nampak semuanya adalah bersatu. Bayangkan zaman Nusantara dulu, mesti cantik kan? Warna-warni penuh budaya.

(Dali dan Miriam terpegun dan mereka berangan.)

Dali: Betul, best. Terima kasih banyak kerana menluangkan masa untuk membuat kajian Nusantara ini.

Mariam: Oh tidak, saya yang patut berterima kasih kerana kajian ini membukakan minda saya untuk menikmati budaya Malaysia yang unik ini.

PS: Perbualan dibicara di dalam Bahasa English tapi ditulis di dalam Bahasa Melayu. Miriam bertutur dalam Inggeris tetapi loghat Itali yang pekat.


For more information on Dali and Miriam or (1+RE)DISCOVER, you know where to go! All pictures taken at Kuala Selangor Nature Park.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *